Friday, September 18, 2009

Aduan tentang hakisan tebing sungai Padang Gajah



Ini adalah laporan saya tentang hakisan tebing Sungai Padang Gajah melalui email.

Assalammuailaikum,

Harap pihak tuan dapat turun melihat sendiri ke kawasan tersebut (Tebing Sungai Padang Gajah,berhampiran Jambatan),kerana hakisannya tebingnya semakin lama semakin teruk ditambah sekiranya hujan turun dengan lebat. Sekali lagi saya mengharap agar pihak Tuan dapat menyelesaikan masalah ini,agar perkara yang tidak diingini berlaku,kerana ditebing sungai terbabit terdapat beberapa rumah penduduk di situ. Harap pihak Tuan juga mengambil tindakan dengan kadar segera.

Telah di-email pada tarikh 1/12/2008 kepada:-
  1. mokhtar@water.gov.my


  2. ccarazak@perak.gov.my,


  3. hamidosman@water.gov.my
Kemudian jawapan telah diberi pada tarikh 2/12/2008 oleh Mokhtar bin Hasran <mokhtar@water.gov.my> :-

Assalamualaikum,
terima kasih kerana membuat laporan.
insyaAllah dalam masa terdekat saya meminta pegawai jabatan menyiasat, mengambil gambar dan membuat tindakan susulan.
saya pernah melalui kawasan berkenaan dan mengakui terdapat hakisan di sana.
JPS akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Saya akan call tuan jika hendak ke lokasi.

MOKHTAR BIN HASRAN

Nota-Terima Kasih kepada Pihak JPS kerana kini tebing yang runtuh itu telah pun diperbaiki.Gambar diatas itu adalah sebelum dan selepas pihak JPS perbaiki tebing tersebut, kini tebing sungai itu telah pun diperbaiki, terima kasih sekali lagi pada Pihak JPS.

No comments:

Post a Comment