Monday, June 14, 2010

Selamat Pengantin Baru-Ajai & Emma



Selamat Pengantin baru kepada Ajai & Emma,moga-moga kekal hingga ke akhir hayat.Ikhlas dari Pihak Editor.

Monday, June 7, 2010

Balai Polis Padang Gajah

Ketua Polis Balai,(S.M TAJUDDIN BIN RADZI)
Tel. 05-854 4122 (O), Tel. 017-578 0010 (HP).

Latar Belakang Sejarah

BALAI POLIS PADANG GAJAH - Di bawah pentadbiran Ketua Polis Daerah Taiping. Balai Polis Padang Gajah telah dirasmikan pada 30 Disember 1974 oleh Ketua Polis Perak Datuk Haji Zainal bin Deli. Balai polis ini terletak lebih kurang 33 km dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. Bahagian utara jarak lebih kurang 11 km adalah Balai Polis Terong, dan bahagian selatan Balai Polis Pantai Remis jarak lebih kurang 20 km. Disebelah timur terdapat hutan simpan Bubu, dan sebelah barat laut selat Melaka. Mengikut perangkaan jumlah penduduk di kawasan tanggungjawab lebih kurang 15,145 orang, majority adalah Melayu seramai lebih kurang 7,755 orang, Cina 5,621 orang, India 1,762 orang dan bakinya lain-lain bangsa. Pekerjaan penduduk di sini 50% petani, 30% nelayan, 10% kerja sendiri dan 10% kerja makan gaji.

Di bawah pentadbiran Balai Polis Padang Gajah terdapat 3 buah pondok polis:

i) Pondok Polis Bagan Panchor
ii) Pondok Polis Sungai Kerang
iii) Pondok Polis Sungai Rotan

Kawasan pentadbiran Balai Polis Padang Gajah meliputi kawasan seluas 60 km persegi.

Wednesday, June 2, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan

Kepada semua warga Padang Gajah,dijemput hadir Majlis Perkahwinan anak bekas OCS Balai Polis Padang Gajah,En.Mat Isa atau lebih dikenali dengan panggilan Tok John pada 13/06/2010.