Kampung Padang Gajah terletak di Trong, Taiping, Perak Darul Ridzuan di dalam Daerah Larut Matang Selama. Kampung ini telah berusia lebih 60 tahun.Blog ini diwujudkan adalah untuk aktiviti-aktiviti yang sihat anak-anak muda dalam linkungan 20-30 tahun terutama anak-anak kampung yang berada di Perantauan.Blog ini juga akan membangkit isu-isu semasa dan juga aktiviti-aktiviti di Padang Gajah.
Friday, November 27, 2009
Thursday, November 26, 2009
Upacara Akad Nikah Noor Farhana & Pasangan.
Saturday, November 7, 2009
Pemberitahuan-Mohd Ikhwan Bin Mokhtar
Assalamuailaikum pada semua,terutama warga Padang Gajah amnya yang mengenali pada saudara kita yang berada di dalam gambar ini,pihak editor meyarankan agar selepas ini sesiapa sahaja yang mengenali beliau dengan panggilan "Maniam" disarankan memanggil dengan nama yang sebenar iaitu Ikhwan,Wan atau yang dirasakan sesuai untuk panggilan kepadanya.
Tujuannya adalah satu, kerana beliau adalah seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedikit info tentang beliau,kini beliau berkhidmat sebagai Pengawal Keselamatan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan menetap di sana.Beliau juga kini sudah mendirikan rumah tangga dan sudah menimang seorang cahaya mata.Pihak editor juga berharap sesiapa saja yang mengenali beliau selepasa ini boleh la membiasakan lidah untuk memanggil dengan gelaran yang lebih elok serta sesuai kepada saudara Ikhwan.
Sekian harap maklum,Editor-padanggajah.blogspot.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)